Thursday, April 30, 2009

KL 2 CAMERON 2 TAIPING 2 KINJANG 2 KL IN 24 HOURS

Seminggu sebelum tarikh perkahwinan faizal dah huru hara…pening kepala nak cari van..kalau nak pergi sendiri kenduri kahwin faizal mmg tak pegi lar…maklum lar lom gaji…tetapi..memandangkan majlis kawin kawan kan so kitorunk pakat ramai2 cari van n tong tong bayar minyak n van…huhh…jenuh jugak cari van…semuanya mahal nak mamp…sewa murah murah sudah lar…mcm sewa mahal mahal boleh beli van satu lagi esok pagi kan..biar murah asalkan selalu ada org sewa n tak merugikan pengusaha dah…tol tak??tak betul…aku pedowwwli hape……cari punya cari punya cari punya cari…akhirnya…dapat lar yang murah gak…RM150 kira ok lar kann dari RM250 sehari…setelah deal ngan brother van tuh detik dan waktunya pun tiba...

Hari Jumaat, 21.11.2008

Jam 8 malam…

Dengan perasaan riaknya Maraman n Bob pegi ambil van kat bangsar…naik evo make up waja milik bob...elehhh tak nak ajak aku pun….takpe takpe…Setibanya disana maraman mencari owner van…cari punya cari tak jumpa..tetiba dtg anak owner kecik lagi budak nih naik beskal bertanya…

Adik :
Abang…abang…abg dtg nak amik van ker..

Maraman :
A’ahh…ayah ada….

Adik :
Ayah takde tp ayah suruh minta duit dulu baru leh bagi kunci tp abg kena isi borang dulu…

Maraman :
(*&@^%*(%)menyumpah dlm ati sambil mengisi borang n amik kunci…

Maraman berlalu dgn rasa bangganya sambil diperhatikan oleh adik tadi…bangga la sangat…

Adik :
Abang…abg tau tak nak start enjin…
Maraman :
tau..aku lagi tua dr ko dah 15 tahun bawak van je tau...(riak ler tuh..)

Cuba punya cuba enjin tak nak hidup…pusing punya pusing kunci tuh tak leh idup gak enjin…Dlm hati dah menyumpah....datang adik kecil tadi bertanya...

Adik :
Abang…abg tau ke tak nih nak start enjin….mcm ni lah…tekan butang ni 5 kali pastuh pusing kunci…

Dgn sekali pusing terus enjin hidup….malu siot…malu….tuh la lain kali jgn eksyen…


Dipertengahan jalan minyk plak nak abis…berhenti lar maraman kat stesen minyak…hehehe….yang lawak nya…dah berhenti nak isi minyak nih…cari tmpt nak isi minyak tak jumpa..wakaakakaka…..terus masuk balik dlm van terus jalan…wakakaka enjin pun tak mati kan…takowt tak reti start ler tuh..hehehehe…jgn marah man..

Jam 9 malam…

Semua geng nameless telah sampai..tak sabarnya nak memulakan perjalanan yang tak tau apa kesudahanya nih….Macam besa lar bila dah reramai ni riuh lar dlm van….tp besh wooo..mmg tak terkata lar beshnya…..yang dah kawin jadi bujang…yang bujang mmg bujang lar kan…apa apa pun cari stesen minyak dulu…minyak dah nak abish….jgn kena tolak sudah…malu wooo muka kiut kiut n hensem hensem tolak van…hahahaha…

Jam 10 malam…


Driver letih lar plak….berhenti minum kat R&R Restoran Jejantas kat Sg Buloh tuh…hurmm…bukan stakat minum jer…siap melantak lagi…Takpe lar…driver lapar kan…lepak punya lepak punya lepak…datang seorang pakcik ni minta sedekah katanya nak mendirikan masjid kat kedah kalau tak silap aku lar…kitorunk pun bagi lar sedekah setakat termampu…tp yang beshnye…pakcik tuh siap leh lepak kitorunk lagi minum nih sambil bercerita tentang kehidupan dan isu2 semasa yang tengah melanda negara kita skunk nih…memang tabik spring lar kat pakcik nih..tukang layan dia sapa lagi joe lar…borak punya borak ngan pakcik nih sampai aku lak borink…terus ajak gerak…tiba kat van…maraman dgn riaknya cuba start enjin…ta leh gak idup…bob lak cuba…pon tak bule idop….joe pun try…tak boleh gak…ibok try…pun tak leh gak…shahrul…dia tak try start sebab dia g toilet…aku ler penyelamatnya….mmg kecoh lar masa tuh….bila enjin dah leh idop…bob dah amik posisi driver..yang lain pun dah masuk kedalam perut van…bob dengan tenang ala ala machonya henjut padle dgn lajunya….cameron highland….here we come!!!!

Jam 11.25 malam….


Lar…berhenti lagi ker….macam macam lar diaorg nih…nak makan jambu lar plak..Sampai kat R&R Tapah…kitorunk cari jambu..Org kata jambu kat sini sedap..ye ke sedap…Perghhh….mmg sedap giler jambu kat sini…(tekak aku rasa biasa jer…hehehe) Sesiapa yang nak ke utara leh singgah mkn jambu dulu ekk..rugi sapa tak cuba jambu kat Tapah nih…mungin balak yang jual jambu ni muka dia jambu jambu kowt…ahakss…layann….Lepas melantak jambu kitorunk gerak naik Cameron sebelum meneruskan lagi perjalanan esok pagi ke rumah faizal.

Jam 12.50 tengah malam…


Sunyi sepi je jalan nak ke Cameron ni…kitorunk lalu naik jalan Simpang Pulai…Jalan kat sini lebar sket…maklum lar dalam van tuh semuanya gems gems..shahrul sorunk je lebar..Dalam mengharungi kepekatan malam,perut aku lak memulas mulas…nak berry lar…puas cari toilet awan…semua tutup…driver plak terhegeh hegeh bawak van..las point dah tak boleh tahan jumpa Petronas kat alamak lupa lar plak kat mana maklum lar perut tgh memulas mulas…kat tanah rata kowt....malangnya petronas tuh tutup lar plak…perut dah tak leh tahan nih…member lain semua dah pakat gelak kan aku nih…takpe takpe…aku terus cari tandas kat blakang…mak aihh gelap nye…aku terus switch on lampu n cari port sesuai dlm toilet tuh…tgh lak berry tuh…mcm mcm bunyi keluar….lepas jer hajat termakbul kitorunk cari port mkn plak..maklum lar sejuk kan…pusing punya pusing punya pusing jumpa kedai mamak..sambil menunggu makanan sampai pewot aku buat hal skali lagi….nasib baik toilet mamak ni ok…tak kotor bersih gak lar…time nak bilas tuh…perghhhh….korunk pernah minum air sejuk kan…cuba korunk bayangkan membilas sambil guna air sejuk…fuhhhhh……tp bukan aku sorang je yang sakit perut bob n shahrul pun sama…baru dia tau penangan air bilas bery kat Cameron camner…dah lepas makan kitorunk cari port tidow…puas mencari semua hotel mahal penuh..diulangi hotel mahal yer…cari plak hotel murah…pun penuh gak…last yang terakhir skali…kitorunk cari port kat masjid…pun…hehehehe tak penuh cuma pagar masjid kunci…setelah penat berfikir dan mencari idea kitorunk tido dlm van jer…port kat tepi padang bawah masjid..mmg sejuk lar…mcm tido dlm hotel mewah…tgh layan tido baekkk punya bob terjaga…dia terdengar bunyi orchestra yang paling merdu dalam dunia…kat tempat lain takde jumpa beb…makin lama makin kuat bunyi orchestra tuh sampai dia rekod lar wat koleksi peribadi…esok pagi dia tayang lagu orchestra yang dia dgr malam tdi kat aku…perghhh mmg merdu…kita lupa kan citer orchestra tuh…

Lepas bangun tido mesti mau mandi kan…kitorunk mandi kat masjid jer…tapi air dia mak aihhh mcm mandi air ice…sejuk seyyy…pintu mandi ada 5…kira sorang satu ler nih…haru biru masjid tuh dgn suara kitorunk….bukan apa sejukkk....hehehehe….Lepas bekpes kitorunk membeli belah sayur sayuran jap…then terus turun menuju ke rumah faizal…tp dlm perjalanan turun tuh macam macam lar perangai kitorunk..tgk sendiri lar gambar ni ekk…

Sampai kat hentian mana tah aku tak hengat…kitorunk berhenti lagi mandi sekali lagi n tukar baju…Sampai umah faizal kitorunk tunggu dia dlm keta lama gak lar menunggu…Around kul 1 lebey kowt dia pun sampai…Lepas tgk dia bersanding kitorunk makan…lepas makan kitorunk amik gambar..Oleh kerana dah lama kitorunk sampai umah dia dan perjalanan pun masih jawohh…kitorunk gerak dlm kul 2.15 ptg…Dalam on da way balik tuh shahrul teringin sangat nak mandi air terjun…macam macam perangai shahrul nih…kitorunk pun port kat Lata Kijang..betul ker nama dia…ala yang dari tepi highway tuh dah leh nampak..tak caya??korunk pegi lar tgk sendiri kalau tak caya…

Dah lepas mandi manda dengan seronotnye…tiba lah waktu balik…letih woo…dalam perjalanan balik tuh semua letih…semua tido…ehhh...tak..driver tak tido…klu tido dah arwah kitorunk nih…hehehe…Kitorunk sampai kat opish kul 9 malam lar..letih penat seronok semua ada…besh arr…dalam masa sehari aka 24 jam kitorunk leh g Cameron Highland ke Taiping ke Lata Kinjang…Fuhhhh….




Nameless melangkah maju setapak…

Setelah berbincang secara aman bersama ahli kelab…pihak kelab telah bersetuju untuk menambah duit tabung dengan cara membuat urus niaga…apa yang dijual ? siapa yang nak beli ? No no no no…

Nameless tidak membuat urus niaga sebegitu nyiem…Kepada Syarikat syarikat koprat dan syarikat persendirian serta orang perseorangan yang nak buat team building...nak buat party...nak khidmat nasihat (kaunseling) dlm apa jua bidang contoh dr segi kesihatan ker..masalah kerja ker..apa apa sahaja lar…nak buat wiring rumah ker…nak menggunakan peralatan org kawin ker..pa sistem ker…atau apa apa sahaja boleh contact kami…

Ingat nama ni
#Nameless,Jack of all trades

Jangan risau segala masalah anda akan kami atasi…larrr…tak caya ker…contact lar kami….Setiap kelebihan dan kurnian yang allah beri kepada setiap hambanya adalah untuk dikongsikan bersama kejalan yang diredhai….Insyallah…kepuasan anda satu kejayaan bagi kami….Apa tunggu lagi….Kami menanti anda dengan senyuman yang asli…

Permulaan Dunia Baru Nameless

Dunia dah berubah...ini kan pula manusia...semakin rancak dunia menongkah arus permodenan semakin ligat otak manusia berfikir….mcm mcm hendak dibuatnya ekk…dah resam manusia…

Penambahan ahli...

Masa berlalu dengan pantas…pantas beb mcm keta F1 pantasnya…kalah keta evo make up waja bob punya…Pelbagai majlis dan acara yang kami anjurkan telah menarik minat beberapa org luar untuk sertai kumpulan kami….

Setelah proses kawad cam dan latihan keras ala ala akademi fantasia maka 3 org chalon telah terpilih untuk berada di dalam kelab.Bermula dengan kemasukan nameless joe diikuti dengan nameless shahrul dan diakhiri dengan namless bob.Kira dia ni mcm anak bongsu lar dlm kelab walaupun umur dah lanjut…hehehe…jgn marah bob….

Kitorunk masih lagi mencari untuk menambah lagi ahli…sesapa nak join tinggalkan no tipon ekk or leh hubungi person in charge ekk...….tapi kalau boleh kami nak cari ahli yang boleh beri kerjasama dalam setiap majlis dan acara yang dianjurkan oleh pihak kelab….baru syokkk kan….
jgn dah join kelab manjang tak nampak batang idung...tadahal...laki pompuan leh join...

Kena Buang...

Pada 07.11.2008 surat amaran telah dikeluarkan terhadap En Nazri dan Zaidi kerana gagal melunaskan wang bulanan sebanyak RM263 dan RM283.Oleh itu kelab nameless telah mengadakan mesyuarat untuk menamatkan perkhidmatan mereka berdua serta merta..kira 24 hours notice ler nih….uihhhh….letih wooo nak minta….tetiap bulan nak kena anto msg…abis kedit aku…kata maraman.

Mentang mentang dah tak keje tak nak bayar lak duit kelab ekk...
Duit Vss banyak dapat pegi abiskan beli PS2 n enjin keta....ish ish ishh....nakal punya budak....

Berita mengemparkan Nameless

Tanggal 13.08.2007 kelab nameless dikejutkan dengan satu berita yang amat mengejutkan…Pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab teleh menerima surat VSS dari pihak pengurusan syarikat.Satu tamparan hebat buat kelab yang baru setahun jagung hendak meniti arus dalam industri ini.Namun segala usaha dan matlamat kelab harus dijalankan walau taufan tsunami melanda.Kami ucapkan selamat maju jaya buat En Nazri dan Zaidi..Walaupun tidak lagi menjadi sebahagian dari warga Continental Sime Tyre tp anda berdua masih lagi ahli kelab as long duit kelab korunk bayar lar…hehehe….

Aktiviti Sepanjang Zaman

Segala aktiviti kelab pada tahun pertama dan kedua kami abadikan dlm blog ini…Segala jenis sambutan seperti hari jadi,jamuan berbuka puasa dan macam macam lagi aktiviti lar ada dlm nie…take a look….


ini lah sebahagian dari gambar dan aktiviti yang telah kitorunk lakukan sepanjang 2 tahun lepas....

Sepakat Membawa Berkat

Setelah puas mendaki gunung dan merenangi ombak lautan akhirnya pencarian telah berjaya ditemui…

Pada mesyuarat kelab yang pertama di Ayob Cafe,Damansara..semua ahli telah sebulat suara telah memilih NAMELESS sebagai nama kelab.Maka dengan itu pada tanggal 27.Disember.2006 kelab Nameless telah ditubuhkan dgn rasminya.

Senarai nama ahli kelab Nameless..

Mohd Nazri Mohd Ysop..Nadznin Hafizu Ningal..Maraman Nuruddin..
Md Ridhwan Khalib..Muhammad Ridthuan Ahmad Bakri..Zaidi Mustapha dan Syamsul Faizal Ishak..

Tujuan kelab Nameless ditubuhkan…

Mengeratkan silaturahim antara ahli dan keluarga serta berjalan jalan sambil merhatkan minda dan diri.

Membantu ahli dari segi kewangan dan sehala aspek yang boleh dibantu


ibok n maramankiri : man,zaidi dengkur,wan besar,faizal,nazri,fizu



Permulaan baru....

Suatu petang ketika sedang mengularkan diri...tgh minum daa...

“Rie..bosan lar..asyik keje keje keje…keje…ngular..keje..ngular…keje..minum…keje..minum…“luahan kata dr hati aku.
“Abis ko nak buat apa lagi zu..dah nama pun keje.“bicara kata yang kehausan.
“Aku ingat lah kan..apa kata kita tubuhkan kelab kat dalam kilang nih..“Idea bernas dari aku.“Kelab?..nak wat apa fizu..ada org ke nak join kelab dlm kilang nih“Ideaku diusul dgn soalan.“Kelab ni kita tubuhkan utk mereleasekan tension..kita collect lar duit sorang doplah henget..pastu kita tgk sampai bila kelab ni dapat bertahan..amacam…ada abrann?“aku tak mengalah sambil menyambung bicara.“kau jadi lar pengerusi..kan apa yang ko cakap semua org ikut..sedangkan benda yang ko nak cakap tuh aku dah ckp dulu tp tak jalan…bila ko ckp jer semua on..aku rasa lar kita tanya lar member member dulu..tak yah lar ramai ramai..“ideaku dtg mencurah curah.“apasal tak leh ramai“aku disangkal lagi..“klu ramai rie payah nak handle tak kan itu pun ko tak tau“aku membidas kata bakal pengerusi..“ok lah aku on jer..ko cari lar sapa nak join..pastuh kita buat lar meeting“persetujuan telah dicapai..“ok bos’tp kelab ni nak buh nama apa“rangka kata yang blur dari aku..“kita cari lar sama sama nanti.“asap rokok dihembus..“Orait“kata ku sambil otak ligat mencari sasaran ahli..Dimana arah tuju yang harus kuterjah dahulu…KLC maybe…..